Thursday, December 15, 2011

MADAH DARI HATI

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

✰˚ ˛★* MADAH DARI HATI ✰˚ ˛★*

ღ☆ღ Yaa Rabb....
Jangan pernah Engkau biarkan aku mengalirkan airmata kerana kecewa MENGEJAR chenta manusia..Namun,biarkanlah airmataku ini mengalir kerana menagih CHENTA dariMu..Amin Ya Rabbal Alamin..ღ☆ღ

•♥ Kadangkala,kerana hilang chenta manusia,kita jumpa chenta Allah.Setelah dizalimi manusia,kita rasai adilnya Allah.Selepas sesat dalam gelap,kita hargai cahaya yang malap.Tatkala hati keresahan,kita hargai erti ketenangan.Bila ditimpa musibah,kita tahu kesabaran itu indah.Saat hidup dalam kekurangan,kita yakin kesyukuran itu mencukupkan.Benarlah,setelah datang malam yang gelap gelita,baru terlihat bintang di mata..subhanAllah..☆•♥

ღ☆ღ "Jadikanlah setiap hari yang kita lalui sebagai mujahadah demi mengharap keredhaan daripadaNYA, dan malam yang kita rasai sebagai muhasabah dalam usaha untuk memperbaiki diri..InsyaAllah.."ღ☆ღ



No comments:

Post a Comment