Monday, February 6, 2012

NASIHAT IMAN

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

☀♥•*¨`*•.*► NASIHAT IMAN ◄*.•*¨`*• ♥☀

★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★*°˙˙°*★.
... Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita. Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.

Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. ..Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu. Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .
★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★*°˙˙°*