Wednesday, November 9, 2011

pEtIKaN

Aku sayang kamu
Dengan caraku sendiri,

Jika mereka memilih untuk bertemu
Aku memilih untuk tidak bertemu,

Jika mereka memilih untuk kerap bermesej
Aku memilih untuk tidak bermesej,

Jika mereka memilih untuk saling mengingati
Aku memilih untuk tidak mengingati kamu,

Jika mereka memilih untuk saling merindui
Aku memilih untuk tidak merindui kamu,

Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka?
Kerana kamu belum tentu jadi milikku,

Aku lebih rindukan Pencipta ku
Aku lebih senang bertemu dengan Pelindung ku
Aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya berdoa
Aku lebih selesa mengingati Dia yang sering mengingatiku
Aku sayang kamu namun aku lebih sayang Dia
Terima kasih kerana memahami caraku.

(Dia = Allah SWT)

Petikan daripada : video Aku Sayang Kamu Dengan Caraku Sendiri

No comments:

Post a Comment