Tuesday, March 27, 2012

ANDAI DIA MILIKKU

★•.•´¯`•.•★ ANDAI DIA MILIKKU ★•.•´¯`•.•★

¤*¨¨*¤.¸¸...¸.¤\¤*¨¨*¤.¸¸...¸.¤\¤*¨¨*¤.¸¸...¸.¤\
►►► Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Illahi
matanya terang melihat keindahan tulisan kitab Allah..

►►► Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah menyuarakan kebenaran
dan bukannya mengajak ke arah kemungkaran

►►► Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk bertemujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran ke arah kebaikan

►►► Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah..

►►► InsyaAllah,moga dia menjadi milikku..ku chenta
dia kerana agamanya dan peribadi yang ada padanya..

No comments:

Post a Comment